Apakah sebenarnya CINTA? Ermm kekadang aku pun pening dengan klalimah cinta… but aku bukan lesbian ok… aku sedang bercinta… dengan insan yang mengajarku tentang cinta tanpa sengaja…. Sampailah aku dilamun cinta… EWAh….
Baiklah jawapanku….cinta adalah penyatuan DUA JIWA dalam satu fikiran, dua hati dalam satu debaran… auwww…. Sungguh supep…. Korang dah jumpa ke… kalau ditanya padaku… aku tetap sabar menyatakan “LOVE U”.
Kerana aku nak takluk kemarahan cinta, kehangatan dengan kebaikan, kehalobaan dengan kemurahan dan dusta dengan kejujuran… agar aku TEMUI cinta… kerana cinta cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.. berbunga sungguh….
Aku selalu berpesanan dengan jiwaku jangan kerana perasaan cinta menyebabkan aku menjadi sengsara dan mewujudkan kebencian membabi buta… kerana cinta sejati tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan….
Masa aku kecewa tentang cinta aku akan bekerja sebagusnya kerana bekerja itu pahit akarnya tetapi tersangat manis buahnya… tapi aku tatap mahu jatuh cinta dan terpedaya dengan senyuman manis walaupun aku tahu mendung awan yang tebal terselindung dengan cahaya terang dan senyuman itu sebenarnya, racun dalam manisan… tetapi kita sentiasa kena berbalik kepada qadar dan qada yang ditentukan ..
Setiap insan berhak mendapat peluang…. Mencintai dan dicintai.. meskipun beberapa kali jantung habis dan kering kasih sayangnya dan adakalanya bagai kaca yang pecah dan tidak mahu bertaut lagi….
Keyakinan pada takdir ALLAH kerana empat perkara yang menimbulkan cinta…muka yang jernih, menjauhi perselisihan dan sentiasa jujur dengan diri sendiri… sebab cinta adalah EMAs, dikala memberi ia bererti menerima… what goes around comes around….
Walaupun cinta dan kasih sayang itu satu fitrah, sedarlah bahawa keabadian cinta itu tidak akan diperoleh sebagai anugerah tanpa usaha dan jerih payah.. biarlah ia tumbuh mengikut kewajaran… cinta itu adalah perasaan yang ada pada tiap2 diri insan, laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci… Cuma tanahnyalah yang berlainan menerima… jika ia jatuh ke tanah yang tandus , tumbuhlah pada kedurjanaan, kedustaan, serong dan tercela... Namun jika ia jatuh kepada tanah yang subur kerana kesucian hati, ikhlas dan setia budi maka menitilah ia kejalan ILLAHI…. amin
Cinta itu kehidupan, kehidupan tanpa cinta bagai hidup tanpa cita2… semua pengetahuan boleh dibelajar tetapi tidak cinta…ia tumbuh tanpa semaian…berkenaan dengan cita2 … aku ingin mencapai cinta dan CITA2… segulung ijazah yang aku pendam selama 8 tahun dan berkenaan dengan CINTA… YA aku memang cinta … tapi jika hanya aku menari, menarik tali dan berdodoi sendiri… aku relakan pergi… kerana hanya senyuman itu tanda AKU amat pentingkan kebahagian KAMU.. dan kamu
Fahamilah… cinta biasanya tidak banyak berkata2. mulut sang pecinta biasanya tetutup membisu tetapi hanya mata berkata2 dengan hati bertaut api amarah… kerana cinta bukan mengajar untuk lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghina diri tetapi menghembus kegagahan….Cinta bukan melemahkan semangat tetapi untuk membangkitkan semangat…
Rindu dendam dan cinta laksana lautan, jika tidak berhati2 mengayuh perahu, memegang kemudi dan menjaga layar, karamlah dilambung ombak dunia.. maka teruslah memburu cinta.. berhati2 sentiasa agar tidak sesat pula… kerana cinta bukan melemahkan hati dan membawa putus asa, bukan pula menimbulkan tangis sedu-sedan… tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan untuk menempuh onak duri dalam kehidupan…
Aku hanya wanita yang mengambarkan cintaku dengan bibir dan mata dari tingkah laku dan gerak laku.. menghayalkan keindahan dan kebahagian.. terus menyemai benih doa dan usaha… agar aku tidak tewas dalam keluh kesah.. kerana aku tidak mengundang cinta…tapi ALLAH menyatakan KUN untuk aku menyintai kamu…
Heheheh… jauh sudah aku menulis… jika ada sesiapa membaca.. sila jangan komen… cukuplah sekadar mengambilnya untuk terus memburu CINTA…. EMBUSHHHHHHHHHHHH
No comments:
Post a Comment