Thursday, December 23, 2010

akhirnya aku sendiri....

Zulkifli M Sanuddin December 20 at 5:00pm Report
abg harap Lyn faham abg tak dapat jumpa Lyn dalam masa terdekat sebab agak sibuk sebelum nie dan sekarang abg susah sikit nak bergerak lincah sebab masih luka kat lutut.

disebabkan tak dapat cakap berdepan dengan Lyn buat masa ini, abg nak bagitau niat abg kat mesej sini dulu. abg rasa Lyn pun perasan abg dah kurang/tidak mesej atau call Lyn lagi macam biasa. selain sibuk (jujur sibuk), abg dapat rasakan jiwa abg tidak segembira yang abg jangka bila bersama dengan Lyn. terus-terang, abg harap Lyn maafkan abg untuk keputusan yang abg ambil untuk tidak lagi jadi orang istimewa buat Lyn. perasaan nie dah lama abg pendam dan pertimbangkan sampaikan ada kesan pada hubungan komunikasi kita dah agak lama. abg tau Lyn perasan juga. jadi biarlah abg jelaskan kat sini abg nak bawa haluan abg sendiri dan abg harap kita tidak berselisih faham.

abg lalui saat yang sedikit mendukacitakan sekarang dan sangat2 nak bersendirian buat masa ini dan abg harap Lyn faham. abg tiada sesiapa di hati dan belum buka hati pada sesiapa lagi dalam masa terdekat. kalau hati abg terbuka pun, mungkin untuk orang lain. abg sangat2 minta maaf sebab tak dapat bersama/rapat dengan Lyn lagi dan jujur abg cakap, abg tidak simpan apa-apa rasa negatif terhadap Lyn dan semua ini sepenuhnya salah abg seorang. satu perkara yang baik pada abg dari mula kita rapat sampai sekarang nie ialah abg dapat kekalkan penghargaan abg pada Lyn sepertimana keadaan kita masa Lyn masih bersama Sham dulu. Lyn fahamkan macam mana layanan dan hubungan rapat kita masa tu? perasaan itu masih abg dapat kekalkan. jadi abg harap sepenuhnya Lyn boleh terima situasi kita selepas ini adalah di tahap begitu. abg sebagai seorang Abg Long pada Lyn dan semua, balik seperti dulu. kalau Lyn tak boleh terima, abg tak dapat menghalang sebab itu hak dan keputusan Lyn. pada abg OK dan ia adalah situasi yang sangat abg terima.

abg akan berkomunikasi dengan Lyn seperti biasa, cuma di tahap yang abg maksudkan. abg juga harap selepas nie Lyn biarkan abg dapat lalui hidup abg macam biasa. maksud abg, biarkan abg berfesbuk atau blog dengan tenang. abg sangat minta tolong dari Lyn supaya dapat biarkan abg lalui semula dunia Facebook dan blog dengan natural (tanpa perlu fikirkan abg diperhatikan selalu). Lyn pun perasan abg dah lama tak FB atau balas komen blog kan. sebab abg tak berapa happy bila abg tau Lyn ada perhatikan. maaf abg tak berniat nak minyinggung perasaan tapi abg terpaksa berterus-terang supaya tiada salah faham antara kita. abg nak bagitau Lyn adalah antara kawan perempuan rapat yang paling ngam dan sama kepala. abg harap Lyn fahamkan apa yang abg nak sampaikan (walaupun abg tau Lyn dah jangkakan macam yang Lyn penah cakap dulu).

abg tak nak tulis panjang2 tapi abg harap Lyn tau tabiat abg yang sentiasa nak jelaskan apa-apa walaupun hal kecil. ini hal serius dan penting jadi abg explain sejelas yang boleh. abg tau Lyn dah baca apa yang abg tulis dan itu saja buat masa ini. abg doakan Lyn sentiasa bahagia dengan hidup walau di mana sahaja dan abg harap Lyn doakan juga kebahagian untuk life abg yang menyedihkan nie. semoga kita sama-sama happy dengan haluan masing-masing dan sentiasa kekal rapat dalam life. apapun, abg tetap hargai Lyn sebagai antara orang yang penting dalam life abg. abg hargai saat-saat abg dengan Lyn dan segala apa yang pernah abg bagi abg harap Lyn simpan untuk kegunaan sendiri. abg tak akan minta balik apa-apa sebab abg ikhlas nak semua tu Lyn simpan dan hargai. gunakan sebaiknya ye.

abg ucapkan terima kasih atas peluang yang Lyn bagi untuk abg dan minta maaf atas semuanya. kita tetap kawan rapat kan?
 
Azlina Zaini December 20 at 5:15pm
lyn harap lyn dapat jumpa abg... bukan untuk memohon belas kasihan tp lyn nak lihat abg secara empat mata... lyn tau lyn banyak kekurangan abg... dr dulu lyn tau im not good for u... tp tulah lyn akan memberi... setiap insan berhak diberi peluang... peluang untuk disayangi dan dihormati... lyn sangat hormat abg... sangat sayang... tp tu lah cakap dengan lyn secara empat mata... seperti mana abg cakap abg minta diberi peluang.... lyn tau abg berani.. bukan macam sham...or org2 lain...

kamoo terlalu matang kan...

matang dengan jiwa yang telus dan kudus

jgn risau lyn tetap sayang kat abg... tak penah berubah... walau dimana abg letakkan diri lyn... lyn tetap sayang abg as ABG
 
Zulkifli M Sanuddin December 20 at 8:15pm Report
sori tadi abg ada hal lepas send mesej nie.
abg tengah rehat2, abg harap Lyn jangan push hal nie dan jangan fikir abg nak rest cuma alasan. abg memang perlukan rehat buat masa nie. pasal nak datang jumpa tu abg nak bagitau tak perlu. abg cuma nak berseorangan dan nak rehatkan fikiran abg. baru je abg rasa tenang2 sikit untuk berehat jadi abg harap Lyn bagilah abg gunakan masa abg sepenuhnya. tak payah datang jumpa kalau pasal hal ini. sebab secara terang abg dah bagitau abg nak ambil haluan hidup abg sendiri sekarang. abg tidak lagi bersama Lyn dan abg harap Lyn tau itu maksud utama abg hantar mesej nie. janganlah besar-besarkan hal nie kat FB macam yang Lyn buat tu. abg tidak selesa dan abg akan diamkan diri dulu.

abg harap Lyn sedar kita tidak lagi bersama dan cukup sampai kat sini kita rapat. abg harap kalau Lyn nak kita masih berkawan, jangan kaitkan abg lagi dalam hubungan yang lebih dari seorang kawan.
 
Azlina Zaini December 20 at 8:28pm
lyn post supaya abg bebas... sebab lyn tak mau dikaitkan juga dengan abg lepas nih... jgn risau... tujuan lyn supaya abg BEBAS dr persoalan yg akan timbul dibelakang hari...

baek rehatlah dengan cukup ya... terima kasih abg sangat baek.. sangat lembut.. sangat halus...

tapi satu perkara lyn sangat faham pasal abg... tegas... dan tepat...
 
Azlina Zaini December 20 at 8:42pm
GAMBAR2 tu klu abg nak suruh lyn delete pun boleh juga... no hal lah.... semua untuk abg lyn boleh buat... request jek apa saja.... nak delete acc abg dr contact pun boleh.... nak lyn delete fb lyn pun boleh.... saja.... asalkan abg bebas untuk bersosial dan berblog...

subhanallah... kenapalah jadi macam ni....

1 comment:

  1. MOga ALLAH sentiasa melindunginya... dan moga berjumpa dengan insan yang membahagiakanNYA...

    Ya ALLAh berkatilah perjalanan kami...

    ku redha dengan qadarMU

    ReplyDelete